Saya nak share macam mana nak dapatkan semula file yang hilang dalam drive PC korang. Sebenarnya ada banyak cara jugak dengan menggunakan aplikasi yang tersedia ada sekarang. File korang yang dah delete, format bagai pun boleh ambik balik sebenarnya.
Korang mesti ada flash drive, thumdrive, pen drive, external HD dan yang seumpamanya kan? x pun partition pada komputer korang hilang file kan dalam? kadang-kadang kalau dah ade virus dan anti virus pada sistem komputer anda detect virus selepas jalankan perintah scan.. file anda turut hilang?! Sebenarnya tak hilang.. ada lagi.. cuma kene hide.. kot? ape-ape jelah.
Langkah 1:
Cucuk la pen drive, thum drive, external HD gi PC korang.. kemudian cari " drive letter ".
Langkah 2 :
Bukak CMD, korang boleh guna 2 cara nak bukak CMD kat PC korang..
1. Tekan Start > Run > taip CMD > tekan Enter
atau
2. Tekan Start > search CMD > tekan Enter
Langkah 3 :
Taip drive yang ingin dilihat tadi. contoh pada imej langkah 3 di atas. Contoh drive i adalah " i: " Taip " i: " dalam CMD. Kemudian, jalankan perintah attrib -s -h /s /d *.*
Lihat imej langkah 3 untuk kepastian.
`
Lepas tuh korang boleh bukak drive yang korang nak lihat tadi. File yang korang sangka hilang tetiba pada drive korang akibat virus atau selepas scan virus ada lagi kat situ. Moga bermanfaat. :-)



No comments:
Post a Comment